.

.

Friday, July 6, 2012

WANG HANTARAN KAHWIN YG TINGGI

MACAM MANA NI AKHI SUBI
IBU DAN AYAH DIA DAH LETAKKAN NILAI HANTARAN YANG TERLALU TINGGI
KELUH KESAH SEORANG KENALAN SAYA


Assalamualaikum semua.. apa khabar pengunjung budiman blog ini. Semoga anda sentiasa sihat bersama keluarga tersayang. Beberapa hari lagi kita akan menempuh ujian di bulan ramadan. Sudahkah kita semua bersedia?Apa topik yang ingin saya perkatakan kali ini ialah “kerana hantaran perkahwinan yang tinggi terus meneruslah aku membujang”. Setuju?

oleh subi haron

  DARI DIALOG SEORANG TERUNA YANG KECEWA

"Nilai hantaran punyalah tinggi! Ada apalah dengan  saya ini, pendapatan bulanan saya pun hanyalah sekitar seribu ringgit sahaja"
.
"Bersabarlah wahai sahabat... banyak-banyak kan berdoa dan berusaha"
 .
"Boleh tak akhi subi bantu saya?"
 .
"Insyaallah... boleh tak jadi masaalah"
.

DARI DIALOG SEORANG ANAK GADIS BERSAMA IBUNYA
 
"Mak.. kenapa mak tetapkan hantaran yang tinggi untuk bakal suami ain...?"
 .
"Hmmm..tapi nilai yang mak tetapkan tu rasanya
dah sesuai dan setaraf dengan saudara mara kita semua"
 .
"Mak...kalau boleh janganlah tetapkan nilai yang terlalu tinggi..
Ain tak nak lewat-lewatkan perkahwinan ini"
 .
"Ain jangan nak mengada-ngada dan mula nak pandai berceramah pada mak..
selagi bakal suami ain tak mampu sediakan nilai itu jangan fikir nak kahwin sekarang"


BERAPA NILAI  HANTARAN PERKAHWINAN YANG AKAN DITETAPKAN 
WAHAI SI BAPA IBU BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN
 
Agak-agak hari ini berapa nilai hantaran yang akan ditetapkan oleh ibu bapa anda? Adakah sekitar ribuan ringgit. Adakah nilai yang ditetapkan nanti sebanyak belasan ribuan ringgit atau mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Apakah punca setiap ibu anda menetapkan nilai hantaran kepada bakal suami anda?Mungkin saya boleh memberi sedikit pendapat berdasarkan pengalaman-pengalaman angin yang lalu.
 
1.Bakal bapa dan ibu mertua anda sangat sukakan anda dan sangat sayangkan anda.Oleh itu mereka menetapkan nilai hantaran perkahwinan anda dengan nilai ikutlah kemampuan yang ada sekarang.

2.Bakal bapa dan ibu mertua anda menjadikan Al-quran dan Sunnah nabi sebagai panduan hidup. Oleh itu mereka menetapkan nilai hantaran perkahwinan yang paling mudah dan senang.

3.Bakal bapa dan ibu mertua anda telah menilai harga barangan dan perkhidmatan perkahwinan  yang ada sekarang. Oleh itu mereka menetapkan nilai hantaran perkahwinan berdasarkan budget semasa.

4.Bakal bapa dan ibu mertua anda telah menilai status, kedudukan, gaji, umur, kerjaya anda atau anak perempuan yang bakal dinikahkan. Oleh itu mereka menetapkan nilai hantaran perkahwinan berdasarkan ciri-ciri tersebut.

5.Bakal bapa dan ibu mertua anda terpengaruh dengan perkahwinan di media massa sehingga mahu mengikut dan meniru apa yang dilihat. Oleh itu mereka menetapkan nilai  hantaran berdasarkan cita-cita dan impian tersebut.

6.Bakal bapa dan ibu mertua anda memang tidak sukakan anda atau lebih bermaksud mereka tidak suka anda menjadi menantu mereka. Oleh itu mereka menetapkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga melampaui batas dengan harapan terlerailah impian anda berkahwin dengan anak perempuan mereka.

Begitulah apa yang telah saya terfikir dan terlintas di lubuk pemikiran si bapa dan ibu dalam menetapkan nilai hantaran perkahwinan kepada bakal menantu mereka.



SATU LUAHAN PERTANYAAN

Saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam
 situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan.  
Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. 
Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati
  bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.

SATU PENDAPAT DIPERKATAKAN

Perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan. 

Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun ianya bukanlah suatu perkara dan tuntutan yang terbaik. 

Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
 
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا

"Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi 
keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya"

 ( Riwayat Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadis lain :

خَيْرُكُنَّ أَيْسَرُكُنَّ صَدَاقًا
 
"Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya" 
( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)



Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan 
umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya”
 (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)


Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks di negara tercinta ini yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran. Kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing dan hanyalah sebagai mesej menyampaikan bahawa anda berdua telahpun mempunyai ikatan yang sah sebagai suami dan isteri.
 
Jika kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya berterus terang sahaja dengan bakal pasangan berkenaan tentang  nilai hantaran yang mereka harap-harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan selepas majlis perkahwinan.

KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM ISLAM

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.


Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.


Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

BIAR SEDERHANA ASALKAN BERKAT!!!

 Sudah menjadi satu rutin bagi kita masyarakat malaysia bila hampir sahaja musim cuti persekolahan pasti berderet-deret kad undangan walimatul urus yang diterima, kadang-kadang dalam satu hari ada dua atau tiga undangan yang perlu dihadiri. sememangnya sebagaiman yang kita ketahui Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya, Memang terdapat banyak hikmah dalam perkahwinan antaranya adalah mampu menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.


Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir(surah ar-rum:21)
bila disebutkan tentang perkahwinan maka tak lengkap rasanya kalau tidak diikuti dengan kendurinya, tapi tahukah kita mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai apa hukumnya?. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut).Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas .a katanya : ‘Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.'(Riwayat al-Bukhari)

Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing...Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama,cukupla dengan sekadar yang termampu sahaja. kerana Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :

• Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.

• Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.

• Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.

• Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.

Maka disini jelas kepada kita digalakkan agar mengadakan perkahwinan secara sederhana yangmana ianya tidak membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan masyarakat kita hari ini yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri. sebaiknya Laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar yang termampu sahaja. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan ALLAH SWT. Kenduri yang berkat itu amat penting , sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri. Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah, semoga perkahwinan diberkati ALLAH SWT.insyaAllah.


SAMBUNGAN DIALOG SEORANG TERUNA YANG KECEWA

"Assalamualaikum akhi subi"

"Waalaikummussalam sahabat ku..."

"Hari tu akhi subi dah sudi nak tolong saya.. ada cadangan ke"

" Insyaallah memang ada beberapa cadangan yang baik"

"Bagaimana tu akhi subi?"

"Begini.. mari kita ke masjid itu dan solat jemaah maghrib .. selepas itu boleh dengar kuliah agama daripada ustaz azhar idrus sementara nak tunggu waktu isyak.. selepas tu baru kita bincang.. setuju?"

"Iya.. setuju sangat-sangat"


SEKIAN TERIMA KASIH

1 comment:

  1. yes thst is right and i glad to see this website thanks for sharing this knowledge
    ArpanetSoft.Com - Website for Blog, Forum, Poll and Free Submit Url
    http://www.arpanetsoft.com
    Thanks,

    ReplyDelete