.

.

Monday, January 9, 2012

ANEKA RESEPI BUBUR BAYI

PELBAGAI RESEPI BUBUR NASI UNTUK SI MANJA

versi kemaskini ke-6

resepi daripada 
ayah irfan & ummu irfan

Assalamualaikum, kami ingin berkongsi resepi cara mudah untuk menyediakan bubur nasi untuk si manja anda. Irfan sudah berusia 11 bulan, bayi ini sudah berminat dengan makanan pejal. Kadang-kadang saya bersandar di dinding ruang tamu sambil menikmati secawan yogurt cepat-cepat dia datang minta di suapkan yogurt. Saya pun cuba-cuba suapkan sedikit yogurt ke dalam mulutnya… apalagi berkerut masam mukanya.. kemudian terus beredar untuk sambung bermain.. Tidak sampai seminit bermain Irfan datang lagi minta disuapkan yogurt.. Hmmm.. sekali lagi mukanya berkerut-kerut masam dengan ekspresi memejam mata kerana menikmati yogurt.


CARA CEPAT MENYEDIAKAN BUBUR NASI

Musim cuti sekolah telah berakhir.. oleh itu pengurusan masa di rumah sangat penting bagi kami berdua untuk bersama Irfan. Salah satunya menjimatkan masa memasak bubur nasi untuk si manja Irfan.

1.Ambil 4-5 cawan beras, kemudian basuh sehingga sebersih-bersihnya.

2.Kemudian beras yang basah itu dibiarkan seketika untuk menghilangkan air pada beras.

3.Beras yang di basuh tadi di panaskan @ digoreng di dalam kuali bersama beberapa hirisan besar daun pandan untuk menghasilkan aroma yang sangat wangi.

4.Selepas beras yang di goreng itu benar-benar kering , kisarkan beras tersebut di dalam alat pengisar. Pastikan anda tidak mengisar beras tadi sehingga terlalu halus seperti tepung.

5.Simpan kisaran beras tadi bersama daun pandan tadi di dalam bekas kedap udara dan ditempatkan di dalam peti sejuk.

Kerja-kerja memasak bubur nasi dapat si singkatkan dan menjimatkan masa. Selepas solat subuh kerja mama akan menyediakan bubur untuk Irfan. Bubur yang siap dimasak tadi dimasukkan kedalam termos makanan. Ayah pula pergi menghantar Irfan ke rumah pengasuh.


PELBAGAI RESEPI BUBUR NASI UNTUK SI MANJA
.
 Jika di suap sahaja bubur nasi ke mulut irfan setiap hari pasti bosan juga dibuatnya kerana tiada perisa. Mama dan ayah berusaha mempelbagaikan resepi bubur untuk irfan antaranya ialah:




BUBUR NASI + SAWI MANIS + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + LOBAK MERAH + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + LABU + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BROKOLI + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BAYAM MERAH + AYAM + BADAM.


BUBUR NASI + LOBAK UNGU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BAYAM HIJAU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + K.BUNCIS + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + L.MERAH + KENTANG + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + TAUHU + L.MERAH + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KOBIS BUNGA + KENTANG + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + L.UNGU + S.MANIS + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + BROKOLI + TAUHU + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + L.MERAH + LABU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + BROKOLI  + AYAM +  BADAM

Pastikan bahan-bahan tambahan di dalam bubur yang anda pilih perlu dihancurkan, dikisar, dilumatkan, ditumbuk, dicincang atau diparut. (Tambahkan sedikit garam- untuk bayi berumur 1 tahun ke atas sahaja.)Tabur hidangan bubur nasi yang siap di masak dengan kisaran buah badam. Bagaimana cara menyediakan kisaran halus buah badam?

1.Basuh buah badam dengan sebersih-bersihnya.

2.Kemudian goreng buah badam tadi di dalam kuali tanpa minyak.

3.Biarkan badam sejuk terlebih dahulu kemudian potong buah badam kepada 4 bahagian dan masukkan ke dalam mesin pengisar.

4.Kisar buah badam sehingga sehancur mungkin. Buah badam yang siap di kisar disimpan di dalam bekas kedap udara.

5.Simpan kisaran buah badam tadi di dalam peti sejuk.

6.Taburkan kisaran buah badam di atas 1 hidangan semangkuk bubur.

 Jika anda ingin mulakan dengan memberi badam yang dikisar  mulakan dengan secubit dahulu. Kemudian jika bayi anda sudah suka amalkan dengan satu sudu kecil sehari sahaja. Apa yang penting anda dapat beristiqamah dan memperolehi khasiat buah badam walaupun dalam satu sudu kecil buah badam yang dikisar.Kenapa saya memilih mengamalkan dengan buah badam? Cuba perhatikan struktur jalinan buah badam dengan struktur jalinan otak manusia. Agak-agak apa yang anda boleh fikirkan tentang jawapannya.

Secara peribadinya saya mengamati secara mata kasar melihat buah badam yang di kisar hancur halus yang diratakan di atas pinggan putih. Kemudian saya perhatikan sebahagian kawasan tisu-tisu otak yang tertentu di bawah mikroskop yang mempunyai kuasa pembesaran beresolusi yang tinggi. Dalam kajian histologi tisu otak  manusia yang saya perhatikan  terdapat seakan persamaan gambaran imej taburan kisaran halus buah badam di atas pinggan putih.Namun sayang sekali ketika kajian yang saya lakukan saya tidak mengambil foto tersebut. Sekali lagi saya tegaskan itu hanyalah kajian peribadi saya.Namun anda boleh lihat secara mata kasar perbandingan di antara permukaan jalinan otak dan jalinan pada permukaan badam seperti foto di bawah ini . Perhatikan foto otak dimana banyak jalinan-jalinan kapilari darah seperti yang saya bulatkan dimana seakan sama jalinan pada permukaan badam.  Andainya ini hanyalah satu kebetulan sahaja saya mohon maaf namun sekali lagi saya tegaskan ini hanyalah kajian peribadi saya.



Para tahfiz Al-quran di negara timur tengah mereka amalkan dengan memakan buah badam dan juga kismis. Begtu juga dengan orang yahudi memberi anak-anak mereka dengan amalan minuman susu suam yang dicampur dengan kisaran buah badam. Para suami digalakkan memakan buah badam untuk memperbaiki dan menyihatkan kualiti sperma. Sebelum di kurniakan Ahmad Irfan memang saya amalkan pemakanan buah badam yang di campurkan dengan susu kisaran kismis hitam dan habbatus sauda.

MANISAN MINDA UNTUK SI MANJA ANDA

Yang ini pula tugas saya. Manisan untuk si manja kami. Iaitu Pisang atau betik yang dilecek yang diberi selang setiap hari untuk mencegah sembelit. Tetapi rutin harian saya memberi kismis yang dihancur yang pastinya menjadi kegemaran utama untuk Irfan. Saat yang paling saya suka setiap kali bunyi lesung menumbuk ketika menyediakan kismis hancur ini maka segeralah Ahmad Irfan datang ke saya.Caranya penyediaan sangat mudah:

1.Ambil 7 biji kismis hitam + 4 biji kismis kuning + air/ air zam-zam.

2.Basuh sehingga bersih kesemua bahan tersebut.

3.Masukkan kedalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.


Setelah bahan tersebut telah lumat masukkan beberapa titis air masak dan gaulkan sehingga sebati supaya lebih lembut dan paling terbaik gunakan air zam-zam.Kenapa saya memilih air zam-zam? Cuba anda perhatikan molekul air zam-zam seperti foto di bawah ini. Sebelum suapkan ke dalam mulut Irfan yang dah tak sabar-sabar mahu menikmati manisan dari air tangan ayahnya.. jangan lupa membaca selawat tiga kali dan niatkan untuk kecerdikan minda. Insyaallah.. selamat mencuba. Apa yang penting anda perlulah beristiqamah.


 Imam Zuhdi berkata, 
" Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering".

KISMIS SANGAT DIKENALI DALAM DUNIA PERUBATAN ISLAM

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajar. Antara khasiatnya:
.
MENGUATKAN DAYA INGATAN
MENGUBATI PENYAKIT PELUPA
MENCERDASKAN MINDA
MEMBERSIHKAN HATI
MENCERAHKAN MATA
 .
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut
 tetapi tidak menjejaskan kegunaanya. Khasiat kismis juga adalah untuk:

MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR BESAR
MEMBAIKI TONA DAN KEANJALAN KULIT
MENINGKATKAN HAFALAN MEMORI
MELAWAN BAKTERIA MULUT
SEBAGAI GANTIAN MAKANAN RINGAN

.

.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.


MENU UNTUK BAYI BERUSIA 6 BULAN


MINGGU I

Tekstur

  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI

MINGGU 2 - 4

Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)


MENU UNTUK BAYI BERUSIA 7 BULAN


MINGGU 1

Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi ( seperti ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju


MENU UNTUK BAYI BERUSIA 9-11 BULAN


MINGGU 1

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus.
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli , puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

INSYAALLAH JIKA BERKESEMPATAN PADA MASA AKAN 
DATANG SAYA AKAN MENULIS DAN BERKONGSI ILMU  TENTANG

"TIPS DAN KELAS BAHASA INGGERIS UNTUK BAYI ANDA SEBENARNYA 
BERMULA DARI ANDA"

APA YANG BAIK DAN TERBAIK DATANGNYA DARI ALLAH YANG ESA
 MANAKALA YANG KURANG SEMPURNA DATANGNYA 
DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI.

SEKIAN TERIMA KASIH

91 comments:

  1. wah, blh practis nih, resepi yang menarik

    ReplyDelete
  2. terima kasih kongsi resepi ni

    ReplyDelete
  3. asSalam nak tanye, kalau anak sy bru umur 7 bulan boleh ka makan buah badam?

    ReplyDelete
  4. w.salam.. puan.. inylh boleh.. mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu,asalkan dapat manfaat khasiatnya, pastikan buah badam tersebut dibersih dan digoreng dahulu kemudian dikisar dengan mesin blender sehingga sehancur mungkin..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum... di mana saya boleh cari lobak berwarna ungu tu? memang susah nak jumpa....

    ReplyDelete
  6. salam...
    terima kasih kerana bagi saya idea-idea baru untuk memasak bubur untuk puteri-puteri saya di rumah...saya nak tanya,kalau buah badam tu,saya beli yang sudah siap dikisar boleh tak??

    ReplyDelete
  7. w,salam... mmg susah nak jumpa lobak ungu tu.. cuba cari di pasaraya care4 dan giant.
    w,salam...harap buah badam siap dikisar itu tidak mentah

    ReplyDelete
  8. trima kasih dgn idea2 ni...sy pn pening kepala apa resepi baru utk bubur baby sy ni...:-)

    ReplyDelete
  9. TQ kongsi idea nak masak bubur untuk baby saya

    ReplyDelete
  10. sgt menarik..t.ksh ilmu ini..

    ReplyDelete
  11. selamat mencuba semoga dipermudahkan urusan utk bayi anda

    ReplyDelete
  12. Salam..anak saya 6 bln.
    mcamana nak bagi baby selera makan?
    dia tak nak makan bubur nasi..
    dia nak muntah bila rasa nasi kt mulut..
    last2 sy bagi nestum je..sbb dia suka nestum..
    tolong bg petua klu ada yg pakar di sini..tq

    ReplyDelete
  13. w,salam mamazie, cuba bertukar kepada beras wangi, blender halus2 dan masakkan jadi bubur, tambah lobak merah yg diparut halus dan daging ayam dicincang halus. selamat mencuba.

    ReplyDelete
  14. terima kasih kerana berkongsi...sgt2 bermanfaat.insya'Allah akan praktiknya utk my little one.

    ReplyDelete
  15. sgt2 berguna..thanks alot..

    ReplyDelete
  16. pening juga nak pilih jenis bubur apa utk baby saye :-)

    ReplyDelete
  17. salam..kalau saya nak tambahkan sayur bayam/sawi, perlukah direbus dahulu sblm dikisar?

    ReplyDelete
  18. w,salam puan asma, boleh...terpulang pada puan, rebus sayur tersebut kemudian kisar dan masukkan ke dalam bubur yang siap dimasak tanpa memanaskannya lg, jika cara saya memasak bubur lagi 2-3 minit siap di masak baru saya masukkan hirisan kecil yang di cincang halus ke dalam bubur. pastikan bayam/sawi di basuh telebih dahulu sebelum di cincang/ kisar supaya khasiatnya tidak rosak.. elakkan sayur di cincang terlebih dahulu kemudian di basuh.. kadang2 minit pertama ketika memasak bubur sayur telah pun dimasukkan ini akan merosakkan khasiatnya.. yang dapat hanyalah serat2 sayuran.

    ReplyDelete
  19. garam bole dimasukkan ke utk bayi 8 bulan??

    ReplyDelete
  20. tidak perlu, kidney bayi bawah 12 tahun belum matang mngkin tidak mampu urai lebihan natrium

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12 thn ke 12 buln..maaf bertanya..

      Delete
    2. mohon maaf, salah taip.. 12 bulan kebawah bukan 12 tahun ke bawah

      Delete
  21. Menu itu utk berapa bulan punya ye??

    ReplyDelete
  22. bayi sudah boleh makan bubur nasi 6 bulan dan keatas, jika ingin mula amalkan memberi makan kismis mulakan 1 biji kismis dahulu, jika bayi sudah boleh menerima berikan jumlah 3 biji dan seterusnya... tetapi pastikan kismis di basuh dahulu baru di lecek, paling mudah lecek dgn menggunakan 2 sudu.. jika ingin amalkan kisaran buah badam.. mulakan dgn jumlah secubit kecil dahulu..

    ReplyDelete
  23. slm nak tanya..buah badam ni rupanya mcm kacang ker

    ReplyDelete
  24. w,salam.. benar, ada yg panggil buah badam, kacang badam, biji badam mengikut pemahaman dan kebiasaan, jika kurang tepat saya mohon maaf

    ReplyDelete
  25. Assalam. Just nak tanya nak beli badam macam mana? Badam yang dah siap packing boleh makan terus atau belum masak lagi?

    ReplyDelete
  26. w,salam puan sha... ada di jual di pasaraya dalam pek, jika di kedai runcit dibeli secara timbangan, itu sy x pasti, saya lebih suka beli secara timbangan, kemudian badam di basuh sehingga bersih, di goreng dlm kuali tanpa minyak kemudian di kisar halus,andai tidak digoreng kita kena perlu faham sistem ketahanan dan pencernaan bayi sngt berbeza dgn kita yg sudah dewasa..

    ReplyDelete
  27. salam. anak saya dah 8 bulan. berapa biji badam yang saya boleh campur ke dalam bubur nasi (untuk sekali makan) ?

    ReplyDelete
  28. Salam..anak sy dah masuk 6bulan...utk pengetahuan puan, sy lambat start bg dia makan,lbh kurang seminggu dr start dia masuk 6bln haritu baru kenalkan dia dgn solid food. Utk hari pertama, sy sediakan bubur nasi+kentang+ikan bilis kemudian sy blend..baby x mahu makan. Ptgnya sy buat puree pear,,dia luakkan balik...seolah2 tidak blh terima mknn laen selain susu(bf, tp di rumah pngasuh fm). Sy x putus asa, sediakan jg bubur nasi, apa yg sy perhatikan,,bila suapkan bubur baby mcm tercekik. Mgkin dsbbkan faktor ni kot dia x mahu mkn. Puan, ada pandangan lain utk buatkan baby nak mkn.terima kasih -scha zain

    ReplyDelete
  29. makanan pertama yg sy bagi anak ialah kurma yg dilenyek dengan susu ibu.sehingga skrg setiap hari sy msti suapkan anak sebiji kurma sehari dan bg minum air zam2.skrg anak da 8 bulan.ada sahabat kate x elok anak makan manis2,kurma tu sgt manis,bahaya utk anak.betulke?cane ni..sy bg kurma sbb makanan Nabi saw.

    ReplyDelete
  30. 1.w,salam sepatu bunga... satu sudu kecil sehari sudah cukup dalam satu hidangan mangkuk bubur, pastikan badam di kisar halus.

    2.w,salam scha zain...cabaran pertama tentang selera pemakanan bayi, cuba guna beras wangi yg diblender halus seperti tepung dan elak campur ikan bilis.. ini adalah berdasarkan pengalaman.

    3.Aslmkm Mrs Amad... dari pengalaman sy buah kurma di beri 1/2 biji selang sehari. Alhmdlah tiada apa-apa kesan mudarat. Cuma pernah amalkan madu kepada bayi saya tetapi sistem pemakanan bayi tidak boleh menerima menyebabkan cirit birit.

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah & terima kasih. akhirnya saya jumpa juga resepi2 utk baby zikry saya yg baru berumur 1 tahun 2 bln. tak sabar rasanya nak cuba.

    ReplyDelete
  32. Baby sy br msuk 6 bln, menu pertma yg sesuai tuk bby sy apa ye..?,sy x sbr nk bg bby sy mkn bubur,klu ayam d gntikan dgn ikan tenggiri blh x?

    ReplyDelete
  33. aslmkm... jika ikut pengalaman pertama saya cuba daging ayam dahulu.. sy pernah memberi daging lembu tetapi bayi saya mengalami cirit birit krn sistem penghadamannya tidak boleh menerima,ikan tenggiri pun boleh.. tetapi berhati2 dengan tulang ikan

    ReplyDelete
  34. terima kasih ats perkongsian ilmu ini..akan saya amalkan utk my little boy..:-)

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum... Terima kasih krna sudi brkongsi info :-) .. Just nk tya En Subi ade cadangan ape2 utk breakfast si manja brumur 10bulan & bila msa yg sesuai utk kasi manisan tu.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  36. w,salam Pu3... boleh cuba kuih tepung pelita, lempeng susu, lepat pisang or labu, biskut oat, roti bakar keju,roti bakar mentega,tentang manisan tu sebaiknya sebelum sarapan pagi atau bila-bila masa pun boleh

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum... saya nak tanya resepi di atas sesuai ke untuk baby yang berumur 6bulan... dan lagi satu saya dah pun bagi baby mkn buah badam yang dah di kisar tapi ada orang ckp segala jenis kekacang tak boleh di beri pd ank yang berumur 1tahun kebawah... konfius nya boleh ke tidak... tapi baby makan okey jek...

    ReplyDelete
  38. w,salam.. anda boleh rujuk jadual pemakanan dalam buku klinik kesihatan ibu dan anak KKM anda (mungkin ini yg lebih terbaik spt disarankan oleh klinik), tentang badam itu adalah ikhtiar kita mencerdaskan minda, sebenarnya masih banyak cara untuk mencerdaskan minda anak2 kita.. entry ini di kongsi kerana banyak perubahan baik yg dialami oleh anak saya seperti hafalan dan ingatan.. namun itu semuanya berlaku dengan keizinan dari Nya..

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum. a good things 2 b shared. tqvm! Sgt menarik resepi anda. Teruja sy utk mcuba.. :)

    ReplyDelete
  40. Salam, nak tanya skit..umo baby berapa bulan baru sesuai utk kenalkan dengan bubur nasi campur ikan atau ayam? ank saya baru 6 bln lebih, sy sediakan dia bbur nasi cmpur puri kentang atau carrot dan tambah dengan sebiji kurma utk setiap hidangan tp belum campur isi ikan atau ayam...

    ReplyDelete
  41. terima kasih atas resipinya...pkongsian yg sgt bermanfaat...will try soon...

    ReplyDelete
  42. w,salam w.b.t

    1.Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. dah bole bagi makan ayam dan ikan.

    2.Sama-sama dan terima kasih juga.

    ReplyDelete
  43. salam. boleh saya share resepi ini di fb saya?
    -yun yuhana-

    ReplyDelete
  44. w,salam yun yuhana, silakan untuk perkongsian ilmu, apa2 post dlm blog ini anda boleh share... insyaallah

    ReplyDelete
  45. salam...nk tny ni...ayam 2 perlu direbus dulu yer?
    - nor -

    ReplyDelete
  46. As Salam. Alhamdulillah jumpa jugak saya dgn resepi utk si manja. terima kasih. cuma ada sedikit nak tanya:-

    1. sayuran, badam, ayam / bahan2 yg dicampurkan dlm bubur tu adakah dimasak sekali sewaktu kita masakkan bubur?..atau berasingan kemudian kisarkan bersama?

    Harap encik sudi balas. terima kasih - SARAH

    ReplyDelete
  47. 1. w,salam.. ambil bhgn isi ayam, buang kulit, basuh ayam kmdn cincang halus2 dan bole dimasak sekali dgn bubur, dah agak2 nasi dah jd bubur masukkan ayam cincang tadi

    ReplyDelete
  48. 1..w,salam.. alhmdlh.. sama2 dan terima kasih kembali.
    2.kalau sayuran hijau( sawi, bayam),basuh dahulu dan cincang halus2, jgn cincang dahulu baru basuh kemudian..lagi 2-3 minit nak siap masak bubur. masukkannya. atau rebus sayur dahulu kmdn kisarkan pun boleh juga..
    3.Basuh badam, gorengkan dlm kuali tanpa minyak, blender sehingga halus dan simpan dalam peti sejuk.. tabur kira2 secubit serbuk badam dlm semangkuk hidangan sbg permulaan

    ReplyDelete
  49. salam...
    mcm mane yer kalau sy nk bekalkan bubur2 ni kpd pengasuh?
    boleh x kalau sy masak bubur ni sebelah mlm,pg keesokannye baru panaskan & bekalkan pada pengasuh?

    ape pendapat en subi?

    ReplyDelete
  50. w,salam.. boleh, pastikan ianya tidak basi

    ReplyDelete
  51. salam en subi..
    boleh ker saya masak bubur campur dengan butter.

    ReplyDelete
  52. w,salam misz pinkie.. mohon maaf sy belum pernah mencuba menambah butter dlm bubur, untuk info puan..butter berasal dari cream (susu). Kebiasaannya, kandungannya hanya cream dan salt (untuk salted butter). Ahli nutrisi mengkelaskan semua jenis lemak baik dari margerin, mentega, butter mahupun minyak tumbuhan sebagai produk berkalori tinggi. Oleh sebab itu, dianjurkan kepada kita agar meminimumkan penggunaan lemak-lemak ini dalam diet pemakanan seharian. Baik mentega, margarin, butter dan minyak, 100% tenaganya berasal dari lemak (1 gram fat menghasilkan ca. 9 kalori)). Ada syarikat pembuat margerin & butter mencipta produk mereka sehingga tercipta produk yang agak ‘rendah kalori.Penngunaannya disarankan kpd anak2 yg kurang berat badan/BMI.

    ReplyDelete
  53. Assalam sis, mohon maaf jika sy brtanye sbb br 1st baby.
    Yg beras kite dh msk jd serbuk tu..kene msk lek ke utk jd bubur atau just taburkan je serbuk beras ke dlm adunan yg kite nk wt bubur?
    Sy xberapa phm..harap sis dpt tlg

    ReplyDelete
  54. w,salam.. beras yg kita blender tadi perlu dimasak semula.. tujuan di blender tadi nak singkatkan waktu masaknya beras menjadi lembik hancur seperti bubur..

    ReplyDelete
  55. Terima kasih sis sbb sharing info nie ^^

    ReplyDelete
  56. BUBUR NASI + BROKOLI + TAUHU + AYAM + BADAM

    Salam... Boleh x terangkan mcm ner nak uat bubur nie,. masa mana nak isi brokoli, masa mana nak isi tauhu n badam... @ masukn sekali sayur ngan nasi... PLZZZ...

    ReplyDelete
  57. As salam. Mohon share resepi ini En. Subi.
    -ziza-

    ReplyDelete
  58. salam saya nak tanya ye resepi untuk bayi 8 bulan en.subi tak ada ke?n nak tanya ye susu boleh campur ke dgn badam yg di ksar halus tu?

    ReplyDelete
  59. 1.w,salam, sila baca artikel sekali lg dan baca kesmua komen2 yg mungkin boleh membantu anda.
    2.w,salam ziza.. silakan share untuk perkongsian ilmu.
    3.W,salam haniza.. resepi yg 7 bulan tu termasuk untuk 8 bulan jg.. sy belum pernah lg memberi susu yg dikisar dgn badam kpd ahmad irfan.. terima kasih, sudah terniat untuk membuat susu badam ketika ahmad irfan berusia 5 tahun nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saya nak tanya ye kenapa saya kisar badam tu jadi berminyak ye ia x jadi serbuk...

      Delete
  60. terimakasih atas informasinya..
    patut dicoba dan sangat bermanfaat ini..

    ReplyDelete
  61. salam, bayi saya berusia 11 bln, badan agak kecil...sgt berminat dgn makanan tp masalah bila perkenal makanan baru, mesti allergy, skrg dh buntu nk bagi mknan ape sbb baby dh bosan dgn rasa mknan yg sama hari2..perut pun mudah kembung,tmbh klo ade mkan carrot n kentang,mknan pun dh x nasi lembik,mesti dia nk kunyah2..2 suap pun dh kalih muka x nak makan..klo bagi nasi biasa, sembelit pulak jadinya, buang air besar sampai menangis2, nk berdarah la jugak...harap dpt bantu,tq

    ReplyDelete
  62. salam..nak tanya,bayi 7bln blh ke makan serbuk badam mcm encik bagi kat irfan tu?

    ReplyDelete
  63. Salam..trima kasih sgt2 ats prkgsian ilmu ni..sgt brmanfaat..cuma 2 soalan sy nk tnya,utk knlkn solid food utk kali prtma,bole x sy buat bubur nasi + susu?mohon pndgan..yg ke2,badam n kismis bole mula d brikn pd bayi brapa bln?trima kasih skali lg...

    ReplyDelete
  64. As salam kak. Kalau buah badam tu nk buang dulu tak kulit dia?

    ReplyDelete
  65. Hati ayam tak baik untuk minda....

    ReplyDelete
  66. awesome recipes for babies out there! tq for the knowledgeable recipes mr.subi n wife..

    ReplyDelete
  67. Salam...anak saya 29/5 nak masuk 1tahun...tapi semenjak ni susah nak makan..makan biskut n susu sahaja..saya xtau kenapa..mcm2 saya buat resepi untuk dia..tapi still xnak makan jugak..kenapa yer ? Tengah buntu sekarang ni...

    ReplyDelete
  68. wow...banyaknyer resepi.sesuai sgt dgn ank sy yg xmo mkn bubur nasik tu..agaknyer da jemu kot...kt cni ada byk resepi yg sy xbiasa buat....mintak copy yer... :)
    Btw feel free to visit lavendershop.lot.my

    ReplyDelete
  69. Thanks....start esok Insyaallah nk wat...Alhamdullilah dpt info nih

    ReplyDelete
  70. 1.w,salam wbt.... sila baca artikel smula n komen2 yg terdahulu yg mngkin boleh membantu anda.
    2.umur 6 bulan dah bole beri.
    3.blender sekali kulit pun boleh...
    4.selera bayi tidak sama.. ibu bapa harus bijak, kreatif dan sebagainya.. bole rujuk pada pakar pemakanan.
    5.kalau sembelit bole cuba produk meal shake shaklee.. satu bekas RM90.00
    6.Bole campur dengan susu

    ReplyDelete
  71. tentang masalah sembelit cuba petua ini:

    1.Beri jus buah prune 20 ml.... campur sedikit gula. jenama sun sweet. guna syringe 10 ml.. paksa minum.
    2.Beri buah mempelam (chokonan.. x ingt namanya) mempelam yg manis. Blender n beri dgn cara kreatif anda.
    3.Produk meal shake shakele... satu bekas RM90.00 bole beli dlm onnline.

    ReplyDelete
  72. salam, terima kasih atas ilmu yang bermanfaat. selalu juga terbaca badam bagus untuk otak, tapi tak terfikir pulak nak masuk dalam bubur bayi. Thanks..

    ReplyDelete
  73. Salam sis.. so far bagaimana perkembangan Ahmad Irfan dgn pemakanan yang sis sediakan? Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  74. Hai...nak tanya elok tak jika kita masak bubur nasi dgn menggunakan slow cooker? Tqvm atas perkongsian yg sgt bermanfaat.

    ReplyDelete
  75. Salam. Nak tanya canne bg anak umur 6 bulan makan kismis? Saya ada try bg kismis n bubur nasi. Kismis tu saya rendam ngan air panas pastu baru blend. Betul ke cara sya atau ada cara yg betul?

    ReplyDelete
  76. Salam nak tanya camne nak bg anak kita makan kismis. Baby 6 bulan. Saya ada try buat rwndam ngan air panas n blend n campur nganbubur. Betul ke? Boleh bg kismis kat bb x?

    ReplyDelete
  77. Salam, Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  78. Salam... Nak tanye masa nk masak bubur tu, sukatan air sama banyak macam nak masak bubur biasa tu ke?

    ReplyDelete
  79. assalam,
    terima kasih berkongsi ttg resepi kismis ni.boleh saya share di blog saya?

    ReplyDelete
  80. Wslm noresna zakaria.. maaf terdelete mesej puan. Boleh cuba petua yg pernah saya lakukan. Beli ikan bilis gred A. Buang tulang. Cuci bersih2.. gorengkan.. tumbuk sehingga halus dan tabur dalam bubur utk simanja anda.. tetapi mulakan dulu dgn kuantiti yg sedikit.. maksudnya simanja anda sedar tidak sedar telah makan ikan.. slmt mencuba

    ReplyDelete
  81. Assalammualaikum.. Subi, anak saya berumur 6 bulan.Minggu pertama, saya berikan dia puri avokado + susu ibu.selepas 3 hari dia membuang air besar.Selepas itu saya mula beri bubur nasi kosong yg di blender.saya letakkan setitik minyak zaitun + SI.dia tidak buang air besar selama 5 hari dan demam.Saya bawa dia ke klinik.Jadi doktor masukkan ubat pam kerana doktor kata dia sembelit.Jadi, selepas kejadian itu, saya jadi takut dan bimbang untuk beri dia makan bubur nasi...saya mohon pandangan dan panduan.Terima kasih di atas maklum balas.

    ReplyDelete