...

...

Tuesday, November 15, 2011

MEMBINA PAGAR KESELAMATAN BAYI

Suatu dahulu saya teringat ketika Ahmad Irfan berusia 6 bulan. Baby ni dah semakin aktif ke sana dan ke sini. Dalam rumah ni semua tempat berjaya dijelajahinya. Ayah dan mama pun risau juga kalau-kalau terlepas pandang si budak comel ini terlepas sendiri pergi ke dapur dan bilik air. Akhirnya dalam kesibukan menjalankan tugas harian.. Alhamdulillah berjaya juga saya siapkan pagar keselamatan yang diletakkan laluan ke bilik air dan dapur. Selepas ini Irfan dah tak boleh lagi bersendirian pergi ke dapur dan bilik air. Utamakan keselamatan dan sayangilah bayi anda.

  Lebih kurang beginilah pandangan hadapan pagar yang saya bina.

  Ini pula pandangan dari sudut tepi.

Paku kan blok kayu kecil di tetingkap pintu supaya dapat memegang pagar tersebut. Ada boleh menyelit pagar tersebut tanpa menguncinya secara tetap.


 Pagar ini murah sahaja kos pembuatannya kira-kira RM 20.00. Jika di pasaran boleh mencapai harga ratusan ringgit. Saya membeli kayu yang mempunyai lebar saiz 4 cm sebayak empat batang.Satu batang RM2.50 sahaja. Kemudian sedikit paku yang bersaiz kecil.



Selepas membinanya jangan lupa gosokkan dengan kertas pasir sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya terkena selumbar kayu.


 Kemudian pagar yang siap boleh di cat mengikut pilihan warna atau nak lebih asli sapukan syelek pada setiap permukaan pagar. Tetapi sekarang Ahmad Irfan telah pun berusia  1 tahun  9 bulan dan dia memang dah pandai cabutkan pagar tersebut..... hmmmm...

No comments:

Post a Comment