.

.

Thursday, July 29, 2010

TISU EPITELIUM


TISU EPITELIUM PERMUKAAN JENIS LAPISAN
.
Ciri epitelium yang menyelubungi atau melapisi sesuatu permukaan ianya termasuk permukaan eksterior atau permukaan interior badan atau organ. Pengelasan epitelium permukaan adalah berasaskan dua faktor utama iaitu susunan lapisan selnya iaitu samada selapis (simple) atau berlapis (stratified). DAN bentuk selnya iaitu samada skuamus, kiub, kolumna atau peralihan. Tsu Epitelium selapis ini dibina oleh satu lapisan sel sahaja. Berasaskan bentuk selnya, ia merangkumi epitelium skuamus selapis, epitelium kiub selapis, epitelium kolumna selapis dan epitelium kolumna berlapis palsu.
.
TISU EPITELIUM KOLUMNA BERLAPIS PALSU
.
Epitelium ini dikatakan berlapis palsu kerana sel-selnya kelihatan seolah-olah mempungai lebih dari satu lapisan. Nukleusnya kelihatan berlapis disamping mempunyai sel yang juga kelihatan tinggi dan rendah, tetapi sebenarnya setiap sel itu terletak diatas membran asas. Epitelium ini biasanya mengandungi sel goblet dan mempunyai silium atau stereosilium di permukaan bebasnya.Tisu epithelium kolumnar berlapis palsu boleh didapati di sebahagian besar saluran pernafasan, vas deferens, saluran urethra lelaki dan wanita.
.
TISU EPITELIUM KOLUMNAR SELAPIS
.
Ciri –ciri tisu epitelium kolumnar selapis ialah sel-sel epitelium ini kelihatan lebih tinggi dan mempunyai bentuk seperti satu turus memanjang. Nukleusnya membujur mengikut paksi panjang sel dan biasanya bertempat berdekatan dengan bahagian dasar sel. Epitelium ini sesuai untuk aktivit rembesan dan penyerapan.Tisu jenis ini boleh didapati di sebahagian saluran sistem pencernaan, duktus kelenjar, uterus, bronkiol, oviduktus dan juga pundi hempedu.
.
TISU EPITELIUM SQUAMUS SELAPIS
.
Ciri utama Tisu epitelium ini ialah ianya berbentuk pipih menyerupai sisik ikan. Nukleusnya memanjang dan terletak mengikut paksi panjang sel. Sel ini berperanan untuk aktiviti pemindahan gas, cecair dan metabolisma. Tisu epitelium squamus selapis boleh didapati di bahagian kaviti-kaviti badan seperti peritonuem, perikardium, pleural, sistem kardiovaskular dan saluran limfa, lapisan parietal kapsul bowman dan juga di bahagian alveolus.
.
TISU EPITELIUM KIUB SELAPIS
.
Ciri utama sel tisu epitelium ini ialah ianya berbentuk kiub. Nukleusnya kelihatan lebih bulat dan terletak ditengah sel. Dari segi fungsi, saiz dan bentuk sel epitelium ini sesuai melapisi duktus-duktus dan mempunyai peranan dalam proses rembesan. Tisu epitelium kiub selapis ini boleh dijumpai di bahagian tubul proksimal dan distal ginjal, duktus kelenjar, bronkiol terminal dan juga permukaan ovari.

No comments:

Post a Comment