.

.

Monday, February 22, 2010

TERJEMAHAN SURAH AL INSYIRAH

TERJEMAHAN SURAH AL INSYIRAH
(KELAPANGAN)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 8 AYAT.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Bukankah kami telah melapangkan dadamu (ya Muhammad)
2.Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat.
3.Yang memberati punggungmu,
4.Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu?
5.Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
6.Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan.
7.Apabila engkau telah selesai, (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain)
8.Dan kepada Tuhanmu, erharaplah.

KETERANGAN SURAH AL INSYIRAH

Orang-orang beriman kepada Allah swt dan hari kemudian, jika ditimpa sesuatu bala ujian, dia teringat akan firman Allah swt ini : Disamping kesusahan ada kesenangan, disamping kesempitan ada kelapangan, sesudah bala teruji, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu dia tidak suka berdukacita atau berkeluh kesah terhadap ujian dari Allah. Kerana dia yakin setiap kesusahan yang ditempuhi pasti dijanjikan kesenangan selepas itu. Inilah sifat orang yang bersabar dan tidak putus asa jika ditimpa bala ujian dari Allah. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah swt, maka dia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa musibah hidup. Kadang-kadang kerana tidak sanggup menempuh ujian hidup dia memilih jalan dengan cara menamatkan riwayat hidupnya. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

1 comment:

  1. Salam..alhamdulillah bagus blog nie..sbb sy faham maksud surah insyirah nie..nama anak sy pun nurul insyirah semoga Allah lapangkan hati dan fikiran anakku...dan memudahkan segala urusan nye ameen ..

    ReplyDelete