...

...

Friday, December 18, 2009

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

.
SAINS TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
.
Sains Teknologi Makmal Perubatan merangkumi tujuh teras disiplin utama iaitu Histopatologi, Sitologi, Mikrobiologi, Parasitologi, Hematologi, Immunohematologi dan Patologi Kimia. Kesemua teras tujuh disiplin utama ini mengandungi sub unit disiplin yang lain yang membolehkan Juruteknologi Makmal Perubatan berkhidmat di pelbagai makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan seperti bidang histologi, sitologi, hematologi, bakteriologi, virologi, serologi, farmakologi, forensik, genetik, entomologi, akarologi, pemakanan, parasitologi, perubatan herba, toksikologi, immunologi, bioassai, mikologi, klinikal, biokomia, bioteknologi, tranfusi darah dan sebagainya.
.
Kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Juruteknologi Makmal Perubatan menjadi nadi dalam menggerakkan aktiviti pendiagnosan, penyelidikan dan pembangunan dalam dunia perubatan dan sains,
.
Dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, khidmat akan terus dilaksanakan dalam memberi sumbangan yang cekap dan efektif dalam membangunkan dunia sains dan perubatan negara yang tercinta ini seiring dengan perkembangan kesihatan global
.
.
.
KESELAMATAN MAKMAL
.
Apabila kita berada di dalam makmal, faktor-faktor keselamatan perlulah dititik beratkan dalam mencegah berlakunya kejadian yang tidak di ingini. Selain daripada itu juga amalan menjaga keselamatan di makmal dapat menjamin kualiti kerja yang dilakukan disamping mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang sihat.

.
.
BAGAIMANAKAH BOLEH TERJADINYA
KEMALANGAN DI MAKMAL
.
Terdapat dua faktor yang di lihat mampu menyebabkan kemalangan boleh terjadi di dalam makmal. Iaitu faktor diri dan faktor persekitaran. Faktor diri merujuk kepada etika ahli makmal tidak menitikberatkan penjagaan kesalamatan diri sehingga menyebabkan kecelakaan berlaku ke atas diri sendiri seperti etika pemakaian yang tidak sesuai apabila melakukan kerja-kerja makmal. Selain daripada itu juga faktor fizikal dan mental ahli makmal merupakan salah satu penyumbang berlakunya kemalangan di makmal.Dari segi faktor persekitaran pula ianya merujuk seperti keadaan dan suasana di dalam makmal. Contohnya peralatan di makmal sudah uzur ataupun telah rosak tetapi tetap terus mengoperasikan peralatan tersebut sehingga berlakunya kejadian tidak diingini. Keadaan makmal tidak terurus seperti susunan peralatan makmal dan perabot makmal dalam keadaan tidak sesuai sehingga mengundang bahaya kepada semua ahli makmal.
.
APAKAH ETIKA KESELAMATAN MAKMAL
YANG PERLU DITERAPKAN
.
Ahli makmal sentiasa peka menjaga keselamatan diri dan juga ahli makmal yang lain. Sentiasa berwaspada dan tidak bermain di makmal. Sentiasa menitikberatkan aspek-aspek kebersihan di dalam makmal. Mengetahui penjagaan dan pengendalian bahan kimia di dalam makmal. Tahu bertindak dengan betul sekiranya berlaku kemalangan pada diri sendiri dan ahli makmal yang lain. Menggunakan alatan dan kelengkapan perlindungan tambahan di makmal seperti memakai kot makmal. Tahu cara menggunakan alatan kecemasan seperti pemadam api.
.
.
.
MAKMAL IMMUNOHEMATOLOGI
(TRANSFUSI DARAH)
.
Tranfusi Darah merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian sifat dan komponen darah.
.Makmal perubatan Tranfusi Darah pada amnya menyediakan perkhidmatan pungutan darah dari penderma darah.Menyediakan komponen-komponen darah dari darah yang dipungut. Membekalkan darah dan komponen darah kepada pesakit.Menjalankan ujian makmal seperti ujian Antibody Screening, ujian Antibody Identification, ujian Anti-D Titre, ujian Coombs Test-Direct/Indirect, ujian Hemolysin -O-Titre, ujian Reaksi Pemindahan Darah, ujian ABO Grouping, ujian Rh Typing dan sebagainya.
.
.
MAKMAL HEMATOLOGI
,
Hematologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian pelbagai jenis serta ciri-ciri sel darah dan penyakit yang berkaitan dengan darah. Contoh pendiagnosan tentang penyakit darah seperti anemia, leukemia, faktor pembekuan darah, sindrom hemoglobinopati, multiple myeloma, hemofilia, G6PD enzim disease,thallasaemia dan sebagainya. Pada amnya terdapat pelbagai morfologi sel darah marah dan sel darah putih. Keabnormalan pendiagnosan sifat kimia dan morfologi sel-sel darah sekiranya berjaya di kesan, ini menunjukkan adanya penyakit berkaitan tentang darah.
.
ENTER KE KULIAH HEMATOLOGI
.
.
.
MAKMAL SITOPATOLOGI
.
Sitopatologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian pelbagai jenis sel sama ada yang normal mahupun yang abnormal. Pemeriksaan sitologi di makmal perubatan selalunya berkaitan tentang pap smear, cecair payudara, cecair selaput pleura, sputum dan juga urin. Pemeriksaan dilakukan terhadap sel-sel di bawah mikroskop untuk mengesan adanya sel-sel yang abnormal. Sekiranya sel-sel abnormal kelihatan maka ianya berkemungkinan besar ianya adalah jenis sel kanser.
.Makmal perubatan Sitologi pada amnya menjalankan pelbagai jenis ujian dan pemeriksaan seperti ujian sitologi bukan ginekologi, ujian sitologi ginekologi, Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC), Immunochemistry dan special stain.
.
ENTER KE KULIAH SITOPATOLOGI
.
.
.
MAKMAL MIKROBIOLOGI
.
Mikrobiologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian mikroorganisma yang seni seperti bakteria, virus dan fungi. Jenis spesimen dalam pemeriksaan identifikasi bakteria selalunya dari kahak, swab bahagian organ yang dijangkiti, urin,darah, nanah dan sebagainya.
.Makmal perubatan Mikrobiologi pada amnya menjalankan pelbagai jenis ujian seperti identifikasi bakteria, virus dan fungi seperti pemeriksaan makroskopik, pemeriksaan mikroskopik, isolosi pada agar, ujian biokima, ujian serologi, ujian sensitiviti dan ujian patogenesis.Ujian sensitiviti merupakan ujian terhadap tahap ketahanan jenis anbiotik kepada bakteria yang sangat diperlukan dalam memberi ubat antibiotik kepada pesakit. Manakala ujian patogenesis menguji jenis-jenis toksin yang terhasil dari bakteria, virus dan fungi
.

.
.
MAKMAL PARASITOLOGI
.
Parasitologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian sejumlah dan jenis-jenis organisma parasit yang menginfeksi manusia lalu menyebabkan punca penyakit terjadi. Parasitologi perubatan lebih mengutamakan pembelajaran parasit jenis patogen terhadap tahap kesihatan manusia, tentang morfologi parasit, kitaran hidup parasit, cara parasit memberi kesan negatif pada perumahnya, cara rawatan , kawalan serta pencegahan.Haiwan parasit meliputi jenis protozoa seperti Trichomonas, Balantidium dan Giardia.
.
Jenis helminthes seperti cacing filaria, cacing ascaris dan cacing enterobius. Jenis arthropodha seperti labah-labah, kutu dan sengkenit dan jenis insektisa seperti nyamuk dan lalat. Bidang parasitologi perubatan dapat menyedarkan masyarakat dari ancaman bahaya akibat yang dapat ditimbulkan oleh gangguan parasit terhadap kesihatan manusia. Maka perlu dilakukan usaha pencegahan dan pengendalian penyakit bawaan haiwan parasit. Sehubungan dengan ini maka bidang parasitologi perubatan merupakan satu ilmu pengetahuan yang penting tentang kehidupan organisma parasit.
.
ENTER KE KULIAH PARASITOLOGI
.
.
MAKMAL PATOLOGI KIMIA
.
ENTER KE KULIAH PATOLOGI KIMIA

.
.
.
MAKMAL SITOPATOLOGI
.
Sitopatologi merupakan salah satu disiplin utama Sains Teknologi Makmal Perubatan yang diaplikasikan di dalam makmal perubatan dan makmal sains penyelidikan yang berkaitan tentang kajian pelbagai jenis sel sama ada yang normal mahupun yang abnormal. Pemeriksaan sitologi di makmal perubatan selalunya berkaitan tentang pap smear, cecair payudara, cecair selaput pleura, sputum dan juga urin. Pemeriksaan dilakukan terhadap sel-sel di bawah mikroskop untuk mengesan adanya sel-sel yang abnormal. Sekiranya sel-sel abnormal kelihatan maka ianya berkemungkinan besar ianya adalah jenis sel kanser.
.Makmal perubatan Sitologi pada amnya menjalankan pelbagai jenis ujian dan pemeriksaan seperti ujian sitologi bukan ginekologi, ujian sitologi ginekologi, Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC), Immunochemistry dan special stain.
.
ENTER KE KULIAH SITO
PATOLOGI
.
.

9 comments:

  1. salam... boleh kiranya jika mikrobiologi juga ada pautan kuliah. :)

    ReplyDelete
  2. w,salam.. boleh follow dlm BLOG SAHABAT MEDIC..

    ReplyDelete
  3. salam...emmm klu nak buat langkah2 keselamatan dlm makmal histopatologi, sama ka dgn langkah2 keselamatan yg lain..??? ada perbezaan ka, apa ya?

    ReplyDelete
  4. as salam.. saya ingin bertanya.. apakah senarai undang-undang dan peraturan untuk dijadikan rujukan bagi JTMP.. saya bertanye adalah bertujuan untuk membuat fail meja.. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. w,salam ainur.. boleh cari maklumat dalam internet, buka enjin carian google... taip sebarang maklumat medical tech, medical scient + wikipedia

    ReplyDelete
  6. salam..nak taye,ujian makmal pap smear keputasannye cmne?
    saya kurang pasti dengan keputusan sya dapat

    ReplyDelete
  7. w,salam gbah ezz.. kptsn berdasarkan pemerhatian melalui mikroskop untuk melihat sel-sel dan sebagainya, dan ujian lanjutan perlu dilakukan atau tidak selepas itu berdasarkan doktor yg merawat anda

    ReplyDelete
  8. betulkah ada kalangan jmp yang dari aliran sastera dan ada yang amek sains tulen dan gagal matapelajaran biologi,kimia dan fizik dan mempraktikkan kerja makmal..adakah jmp mempunyai lesen pengamalan dan ada badan profesional yang memantau profesion jmp..banyak yang dengar bad thing about bidang teknologi makmal perubatan..minat bidang ni tapi takut tersilap pilih utk masa depan

    ReplyDelete
  9. aslmkm... bilangannya tidak ramai , kbnykn dari aliran sains, buat pengetahuan tengku fiella ramai yg memasuki profesional JMP telah pun mempunyai iijazah dan diploma terlebih dahulu kerana sukar mendapat kerja sblm itu.. setiap kerja makmal dipantau oleh oleh sistem dlm negara dan luar negara, harap maklum

    ReplyDelete