.

.

Monday, December 7, 2009

KHASIAT JUS BUAH-BUAHAN

JUS MANGGA

Jus buah ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.Jus mangga dapat mengubati penyakit hernia. Jus ini juga bertindak sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.

JUS AVOKADO

Buah avokado mengandungi zat protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Pengambilan jus avokado mampu menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein.Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kekeringan kulit

JUS LEMON

Buah lemon sememangnya sangat kaya dengan khasiat vitamin C (asid askorbik) yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

JUS BELIMBING BULUH

Buah belimbing mempunyai nilai khasiat dan di gunakan dalam perubatan. Pengambilan jus buah belimbing ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi.

JUS PISANG

Buah pisang sememangnya kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .Jus ini mampu memberi sumber memberi tenaga kepada pengamalnya.Khasiat buah pisang juga dapat mengubati masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

JUS TEMBIKAI

Buah tembikai sangat kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Pengambilan jus ini dikatakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu juga jus ini dapat dijadikan penawar penyakit artritis, gout dan keracunan uremik.
JUS DELIMA

Khasiat jus ini dapat membantu tahap kesihatan jantung, dimana jus delima ini kaya dengan antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus buah delima mampu mencegah terjadinya penyakit kanser prostat.Jus delima sangat kaya dengan kandungan sumber vitamin A, C dan E serta folate yang penting pada wanita di awal kehamilan.

JUS OREN

Khasiat buah oren dikatatakan dapat meningkat sistem keimunan tubuh manusia kerana jus buah oren sangat kaya dengan zat vitamin C ( asid askorbik).

JUS ANGGUR

Khasiat jus buah anggur dapat membantu melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas.

JUS EPAL HIJAU

Jus ini berfungsi sbagai sumber tenaga, dan merupakan elemen melindungu penyakit jantung. Selain itu juga jus ini merupakan agen awet muda dan dapat menurunkan berat badan.

JUS NENAS

Nenas dapat membantu proses pencernaan. Buah ini mengandung enzim bromelain, yang membantu mencerna protein dan buah ini juga mengandung untuk meningkatkan tenaga.

No comments:

Post a Comment